Ciri-ciri Baharu Let-Gen 2.0

Kad YesID

Pening dengan data Ms Excel yang dieksport keluar dari Frog VLE untuk dimailmerge dalam Ms Word? Jangan risau, dengan Let-Gen, fungsi ini diperolehi dengan satu klik mudah. Pilih kelas dan tada!

Logo Sekolah

Dalam versi terdahulu, surat edaran ditetapkan dengan logo KPM. Penambahbaikan pada versi baharu ini, sekolah boleh memuat naik logo sekolah dan setiap surat akan automatik berkepalakan logo sekolah.

Google Maps

Dengan menggunakan Google Maps API, alamat murid yang sah dipapar secara interaktif dalam peta Google sewaktu mode Papar diaktifkan. Sekolah boleh mengemaskini alamat murid dalam Let-Gen dalam modul Senarai Pelajar.

YesID Family

Menu ini amat sesuai buat keluarga yang memiliki anak yang melebihi seorang di sekolah yang sama. Dalam satu cetakan, maklumat login YesID dan Password anak-anak dapat dilihat secara keseluruhan. Macam sesuai sahaja untuk cari maklumat PIBG ya!

Eksport PDF

Sesetengah data dalam mode Papar boleh dieksport ke format PDF untuk tujuan perekodan dan simpanan admin Frog VLE. Sesetengah data juga boleh diemel terus kepada pihak-pihak tertentu melalui butang Emel dalam menu eksport.

Responsive

Dengan menggunakan kaedah Bootstrap, Let-Gen 2.0 kini tampil secara mudah-alih dan boleh diaplikasi dalam mana-mana peranti telefon pintar, tablet, ipad, komputer riba mahupun komputer peribadi. Jam pintar tidak pasti pula.
Testimoni

Tahniah! Moga pendedahan begini terus mencambah idea inovatif, kreatif ke arah memacu pendidikan ke tahap yg lebih tinggi. Moga lebih ramai yg berinisiatif begini.. Sentiasa positif, proaktif.

Aida Suzana dalam FB 1BestariNet VLE Frog KPM

salam.. Cikgu Faiz terima kasih dari kami di smk sultan mansor shah.. sy dah tgk apps ni.. dan dah kemaskini maklumat sekolah.. inovasi letgen mmg apps terbaikk..

Zati Iwani dalam FB 1BestariNet VLE Frog KPM

Hebat! Blh share cara nak buat! Sangat berguna utk semua admin sekolah!

Valentino Jess Alcock dalam FB 1BestariNet VLE Frog KPM

Tahniah! Memang hebat. Guru bertugas mingguan pun memang gempak. Saya bersekolah di SKJB sebab kampung saya tak jauh dari situ

Roaimah Basri dalam FB 1BestariNet VLE Frog KPM

Macam mana frogasia x boleh terfikir nak buat macam nie ?

Hanif Harun dalam FB 1BestariNet VLE Frog KPM

sumpah makan satay 20 batang saya nak... minta pencerahan mcm mn nak dpt program yg hebat ni

Mohd Faizal Nayan dalam FB 1BestariNet VLE Frog KPM
Inovasi Frog VLE © 2014-2016 Azharul Faiz bin Zainal Abidin (Let-Gen 2.0)